what ever

Friday, June 1, 2012

Keturunan Hang Tuah ?? :)

lewat petang tadi aku pun sampai lah di Pantai Remis. Kalau korang nak tau, aku baruu je balik dari Melaka. pergi sana atas urusan penting iaitu mencari salasilah keluarga Haji Shariff (moyang aku, atuk ayah aku). Nak dijadikan cerita,, ayah aku telah menjadi yang dipilih antara ahli keluarga yang lain. Ayah aku nii dari kecik lagi bermimpi benda yang sama setiap tahun. dalam satu tahun tu 4,5 kali die mmpi. Dalam mimpi tu, die cite, dia ada di satu tanah perkuburan islam bersama tukwan dan opahnya. di situ tukwan dan opahnya akan cuci kubur yang panjangnya 10 kaki gitu. Kalau tengok, mmg panjang sangat. sementara tok-toknya cuci kubur, ayah saya yg dalam mimpi tu dalam lingkungan 5tahun macam tu pun main laa lari2 kat keliling kubur tu. lepas habis cuci tu, dorang bertiga akan keluar dari kawasan kubur tu dan tunggu bas di seberang jalan. setiap kali mimpi, ia akan berakhir di pondok bas tersebut (wahh macam karangan). 

Nak dijadikan cerita,,pada tahun 1990, ayah aku ada scout camping kat melaka. Suatu petang tu, ayah aku dan kawannya Pakcik Jaih ronda2 di kawasan kem tu dgn motor yg dorang pinjam dari budak kmpung situ. Tibe2 dgn rahmat Allah SWT, ayah aku terjumpe kubur tu. suasana yang sama, pondok bas yng sama di seberang jalan. bentuk jalan yang sama. semuanya sama sebijik dalam mimpi die. Walaupun dah menggeletar seluruh badan, die beranikan diri masuk ke tanah perkuburan tu nak tgk kubur sapa sbenarnye yg die mimpi selama ni. tapi die lupe. eheehh ':) lepas jumpe kubur tu, die langsung tak mmpi dah. setelah 22 tahun , ni yang baru pegy tgk balik.

Setelah puas mencari, setelah semua tanah perkuburan di Melaka telah kami kunjungi,,(lepas 22 tahun tempt tu pun dah maju) akhirnya ayah aku buat konklusi,, suasana yang paling mirip ialah ni tanah perkuburan yang terdapatnya Makam Hang Tuah. Makam itulah yang ayah aku sering mimpi2 tuu.. Tapi nak kata kami ni dari Hang Tuah,,Hang Tuah tade anak pon. Tapi, orang tua2 kat sana percaya tu bukan makam hang tuah sebenarnya. tu ialah makam orang yang berilmu mungkin kiai atau seseorang yang bernama Syed Sheikh. Kebetulan Syed Sheikh ni nama moyang tok aku.. mana tau kan,,ntah laa. tapi masih lgi menjadi misteri kenapa ayah aku mmpi berulang-ulang kali benda yang sama. wallahualam, hanya TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI. Kami serahkan semuanya kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment